HomePRNN.70 KUKUSANRekod kerja sebelum PRN jadi bukti, bukan janji kosong

Rekod kerja sebelum PRN jadi bukti, bukan janji kosong

Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah kali ini memperlihatkan perubahan besar dalam pemikiran rakyat, khususnya pengundi muda yang tidak lagi mahu menilai calon berdasarkan janji semata-mata tetapi berdasarkan rekod kerja nyata.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Samsiah Usman berkata, GRS berada pada kedudukan kukuh untuk terus diberikan mandat kerana kerajaan itu telah membuktikan komitmen menyelesaikan isu rakyat sebelum pilihan raya diadakan.

“Saya sangat yakin kerajaan GRS akan terus memerintah. Kenapa? Sebab kerja-kerja penting sudah dilaksanakan sebelum PRN. Contohnya pewartaan tanah, rumah SMJ, semua ini dibuat awal, bukan ketika kempen.” katanya ketika ditemui pada program di Kampung Barisan 2 di sini, hari ini.

Samsiah juga menolak tanggapan bahawa GRS menabur janji semata-mata, sebaliknya menekankan bahawa dasar serta program yang dijalankan sudah bermula sejak awal penggal.

“Kita bekerja sebelum pilihan raya. Ini bukan janji, ini kerja yang sudah dibuat.” tegasnya.

Mengulas bagaimana meyakinkan pengundi muda, Samsiah berkata, asas keyakinan itu terletak pada potensi pembangunan Kukusan yang bakal membuka peluang pekerjaan meluas.

“Ramai belia lepasan universiti tidak bekerja dan terpaksa ke Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur. Jika pembangunan dipercepatkan di Kukusan, peluang kerja akan terbuka dan mudahlah mereka bekerja serta tinggal dekat dengan keluarga,” katanya.

Beliau percaya faktor ini akan memberi keyakinan besar kepada pengundi generasi muda yang inginkan penyelesaian jangka panjang.

Mengulas hubungan antara parti gabungan, Samsiah memuji kehadiran serta komitmen rakan komponen termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) yang hadir membantu kempen setakat ini.

“Alhamdulillah parti komponen sentiasa bersama kami. Bila mereka lapang, mereka turun membantu. Pagi tadi wakil PH pun turun bantu di sini,” ujarnya.

Ditanya mengenai cabaran sepanjang lima hari berkempen, beliau berkata proses mendekati pengundi berjalan lancar kerana dirinya telah aktif bersama masyarakat sejak dua tahun lalu.

“Tidak ada penolakan. Ada yang sokong pembangkang tetapi tetap sambut baik. Malaysia ni demokrasi, undi adalah rahsia.” katanya.

Samsiah turut menekankan fokus khas kepada wanita, khususnya surirumah, untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan kecil.

“Saya sendiri ahli perniagaan. Suri rumah pun boleh berniaga, dapat tambah pendapatan sambil menjaga anak. Banyak peluang boleh diwujudkan di kampung-kampung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular