HomePRNN.59 SUKAUSokongan padu penduduk Sukau semarakkan kempen Juhari Janan

Sokongan padu penduduk Sukau semarakkan kempen Juhari Janan

Read Time:40 Second

SANDAKAN: Kehadiran calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Juhari Janan ke Kampung Paris 3 pada Selasa disambut meriah penduduk setempat.

Juhari dalam siri jelajah kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 itu disertai jentera kempen dalam memastikan kerusi DUN Sukau mampu ditawan pada pilihan raya kali ini.

Dalam ucapannya, Juhari mengucapkan syukur atas sambutan hangat yang diterimanya daripada penduduk tempatan semasa siri jelajah kempen baru-baru ini.

“Alhamdulillah, sambutan begitu hangat. Ini membuktikan keyakinan dan sokongan padu terhadap perjuangan GRS,” katanya.

Jentera kempen beliau bertekad untuk memperkukuh usaha dan strategi bagi memastikan calon GRS memperoleh undi dan kemenangan muktamad pada pilihan raya kali ini.

Dengan sokongan yang meningkat, momentum calon GRS di DUN Sukau dilihat semakin kukuh menjelang hari pengundian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
N.58 LAMAGPRNUtama

Mesyuarat khas tentukan tarikh PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular