HomePRNN.15 KIULUTamu rabu Tamparuli meriah, calon PRU Sabah edar risalah

Tamu rabu Tamparuli meriah, calon PRU Sabah edar risalah

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Raul G

TAMPARULI: Suasana meriah penuh warna-warni di Tamu Rabu Tamparuli hari ini apabila para calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 mengambil peluang memperkenalkan diri kepada orang ramai menjelang hari mengundi pada 29 November.

Antara calon yang turun bertemu pengunjung ialah Dr Bonaventure Boniface (GRS), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Dr Gaim @ James Lunkapis (KDM) dan Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan) — empat calon yang bakal bersaing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

Turut kelihatan ialah dua calon DUN Kiulu, Joisin Romut (UPKO) dan Henry Saimpon (KDM), yang tidak melepaskan peluang beramah mesra serta memperkenalkan diri kepada masyarakat setempat.

Tinjauan mendapati calon Warisan, Joseph Lee, tiba paling awal di tamu berkenaan sekitar jam 7 pagi, diikuti Dr Bonaventure, Dr Gaim serta Henry. Madius dan Joisin pula hadir kemudian, ketika sebahagian besar calon lain hampir selesai bertemu peniaga dan pengunjung.

Seperti kebiasaan musim pilihan raya, semua calon bukan sahaja bersalaman dan memperkenalkan diri, tetapi turut mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai yang memenuhi tamu mingguan itu.

Tamparuli, yang terkenal dengan ikonik Jambatan Tamparuli terus menjadi tumpuan setiap Rabu sejak lebih lapan dekad, menjadi nadi ekonomi komuniti setempat.

Pada PRN17 ini, DUN Tamparuli menyaksikan persaingan 13 calon daripada pelbagai parti politik dan calon bebas.

Mereka adalah Dr Bonaventure Boniface (GRS), Jinitoh Sontori (STAR), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Julia Ongkili (Parti Impian Sabah), Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan), Dr Gaim @ James Lunkapis (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).

Selain itu, Parti Kerjasama Anak Negeri meletakkan Arthur Erik Lee manakala Parti Rumpun mencalonkan @ Abdul Aziz.

Lima calon Bebas lain memberi tentangan masing-masing Vun Yun Fook, Samson S. Koroh @ Razali Suffian, Johan Jahid, Andrew Mali, serta Raymond Alfred @ Jenry.

Sementara itu, DUN Kiulu yang bersebelahan daerah kecil itu turut menyaksikan persaingan ramai calon, melibatkan Datuk Joniston Bangkuai (GRS), Terence Sinti (STAR), Henry Saimpon (KDM), Niyky @ Niky J Bosikol (PIS), Joisin Romut (UPKO), Dusi Gingging (Parti Kebangsaan Sabah), Trevor Maringking (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Saibin Gunsari (Warisan).

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular