PRN SABAH
HomeUtamaBekas Pegawai Khas Menteri Dihukum 6 Tahun Penjara, Denda RM8.8 Juta Kerana...

Bekas Pegawai Khas Menteri Dihukum 6 Tahun Penjara, Denda RM8.8 Juta Kerana Rasuah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR, — Seorang bekas pegawai khas kepada menteri pelancongan, seni dan budaya dihukum penjara enam tahun dan denda RM8.8 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM1.765 juta, tujuh tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman terhadap Saifullah Minggu, 34, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap lapan pertuduhan yang dihadapinya.

Suzana turut memerintahkan tambahan tujuh tahun penjara jika Saifullah gagal membayar denda tersebut. Tertuduh dilihat menangis ketika keputusan dibacakan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi, dengan jaminan RM280,000. Hakim turut menasihatinya agar mengambil kesempatan memperbaiki diri.

“Awak masih muda. Saya harap awak benar-benar insaf dan berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Pada Februari tahun lalu, mahkamah memerintahkan Saifullah membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi lapan daripada 19 pertuduhan rasuah yang dikenakan.

Pertuduhan itu berkaitan dakwaan bahawa Saifullah menerima RM1,765,000 daripada pemilik Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto, melalui individu bernama Roslan Lahada. Wang itu didakwa sebagai dorongan membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender perkhidmatan pengeluaran jenama dan kreatif.


Kesalahan didakwa berlaku di beberapa lokasi, termasuk Red Box Karaoke dan Coffee Bean, Pavilion Kuala Lumpur, Pejabat setiausaha sulit kanan kementerian di Putrajaya Vipod Residences, Temasya Anggun, Glenmarie , Stesen minyak Petronas, Dengkil

Kesemua transaksi itu berlaku antara 21 Disember 2018 hingga 1 Mac 2019, ketika kementerian dipimpin Mohamaddin Ketapi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular