HomePendapatDokumen Mahkamah Sahkan AGC Tidak Merayu Isu Pemberian Khas 40 Peratus Sabah

Dokumen Mahkamah Sahkan AGC Tidak Merayu Isu Pemberian Khas 40 Peratus Sabah

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU – Dokumen mahkamah yang difailkan pada 14 November mengesahkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mengemukakan rayuan terhadap bahagian penghakiman Mahkamah Tinggi berkaitan pemberian khas 40 peratus hasil bersih Sabah sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Perkembangan itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Kerajaan Persekutuan menarik balik komitmen terhadap tuntutan kewangan Sabah.

Menurut notis rayuan yang ditandatangani Pejabat Peguam Negara, dinyatakan secara jelas bahawa:

“For avoidance of doubt, the Appellant is not appealing against the 40 percent formula… and on the need to hold a review under Article 112D of the Federal Constitution.”

Dokumen berkenaan mengesahkan bahawa isu pemberian khas 40 peratus bukan sebahagian daripada perkara yang dirayu.

Hanya Dapatan Teknikal Dirayu

Semakan terhadap dokumen tersebut menunjukkan AGC hanya merayu berhubung beberapa dapatan teknikal Mahkamah Tinggi, termasuk tafsiran Perkara 112D, kenyataan yang merujuk kepada dakwaan “penyalahgunaan kuasa”, isu ketiadaan bukti semakan kewangan serta tafsiran terhadap tiga warta kerajaan antara 2022 hingga 2025.

AGC tidak merayu bahagian berkaitan hak pemberian khas 40 peratus, kewajipan mengadakan semakan serta keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan tuntutan itu sebagai hak perlembagaan Sabah.

Keputusan 17 Oktober Kekal Berkuat Kuasa

Pada 17 Oktober, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan mengadakan semakan kewangan di bawah Perkara 112D dan perlu memenuhi hak Sabah terhadap pembayaran 40 peratus hasil bersih.

Mahkamah turut menetapkan rundingan dan semakan kadar diselesaikan dalam tempoh 180 hari.

Memandangkan bahagian berhubung kewajipan 40 peratus tidak dirayu, keputusan tersebut kekal muktamad dan mengikat.

rayuan berakhir AGC juga tidak boleh dirayu lagi dan kerajaan sabah persekutuan hanya teruskan rundingan selepas PRN

AGC: Rundingan Dengan Sabah Akan Diteruskan

Dalam kenyataan medianya, AGC menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak merayu isu pemberian khas berkenaan dan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah akan dimulakan secepat mungkin.

Perkara itu selari dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penyelesaian isu tersebut perlu berpandukan proses perlembagaan.

di mana Implikasi Kepada Sabah adalah

  • 1. Hak pemberian khas 40 peratus hasil Sabah kekal tidak dipertikaikan melalui proses rayuan;
  • 2. Rundingan fiskal antara Persekutuan dan Sabah perlu diteruskan selepas PRN Sabah;
  • 3. Pengiktirafan mahkamah terhadap kewajipan semakan memberikan kedudukan lebih kukuh kepada Sabah dalam rundingan kewangan.

Dengan pengesahan dokumen itu, kedudukan hak fiskal Sabah kekal terpelihara dan usaha rundingan dijangka diteruskan mengikut peruntukan perlembagaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Paip lama tidak mampu tampung tekanan tinggi – Joachim

Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular