PRN SABAH
HomePRNN.24 TANJUNG KERAMATGRS medium tepat transformasikan pembangunan, sosio ekonomi di Tanjung Keramat - Shah...

GRS medium tepat transformasikan pembangunan, sosio ekonomi di Tanjung Keramat – Shah Alfie

Read Time:1 Minute, 1 Second

PUTATAN: Empat teras utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah kali ini amat bersesuaian dengan konteks pembangunan dan peningkatan tahap sosial rakyat Sabah.

Calon GRS bagi DUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, berkata kesinambungan empat teras iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United diyakini mampu memberi impak positif kepada rakyat dan memperkukuh kepercayaan pengundi terhadap kepimpinan GRS.

Menurut beliau, pendekatan ini menzahirkan keprihatinan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, serta barisan kepimpinan lain dalam menawarkan dasar yang relevan dengan aspirasi masyarakat tempatan, sambil menambah nilai kepada prestasi kerajaan GRS sebelum ini.

“Melalui empat teras utama ini, GRS wajar diberi pengiktirafan kerana menawarkan strategi pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan pengundi, termasuk di DUN Tanjung Keramat,” kata Shah Alfie.

Beliau menambah, teras-teras GRS seiring dengan tiga aspirasi yang dibawanya di kawasan itu, iaitu meningkatkan kualiti hidup masyarakat, membangunkan sumber manusia berasaskan ilmu, serta memperkasa belia secara lestari.

Shah Alfie program walkabout dan ziarah komuniti di Taman Pantai Lok Kawi

Beliau berkata demikian selepas program walkabout dan ziarah komuniti di Taman Pantai Lok Kawi, di sini, hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Bahagian PGRS Tanjung Keramat, Ummar Ariff Abu Bakar dan rombongan jentera GRS Tanjung Keramat.

RELATED ARTICLES
PRNUtama

Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular