PRN SABAH
HomePRNN.51 SUNGAI MANILALebih 300 ahli PN Padas sertai GRS, sokong calon Hazem Mubarak

Lebih 300 ahli PN Padas sertai GRS, sokong calon Hazem Mubarak

Read Time:45 Second

SANDAKAN : Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perikatan Nasional (PN) bagi kawasan Padas secara rasmi diisytiharkan ditutup hari ini.

Penutupan serentak PDM tersebut menyaksikan kesemua 300 ahlinya, termasuk ahli lima cawangan dan pimpimpinnya, keluar daripada PN untuk menyertai serta menyokong penuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua PDM PN Padas, Roslan Onjup, mengumumkan keputusan itu dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Beliau menyatakan bahawa langkah ini diambil bagi memperkukuhkan penyatuan akar umbi dan memberi sokongan padu kepada calon GRS.

Menurut Roslan , keputusan ini dibuat demi masa depan dan kestabilan politik Sabah yang lebih baik. Kami yakin GRS adalah wadah terbaik untuk membawa pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Keputusan itu meningkatkan sokongan rakyat kepada calon GRS Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa.

Tindakan terkini ini dilihat sebagai satu lagi kejayaan kepada GRS dalam menarik sokongan akar umbi, berikutan dengan kejadian sebelum ini di mana seramai 50 ahli Warisan juga telah keluar parti untuk menyertai gabungan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular