PRN SABAH
HomeUtamaCubaan seludup petrol gagal di perairan Semporna

Cubaan seludup petrol gagal di perairan Semporna

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Ahmad Husnayan

SEMPORNA: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup petrol selepas merampas dua bot enjin sangkut yang ditinggalkan tanpa kru dalam satu operasi bersepadu, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, rampasan dilakukan oleh Bot ADAL 18 ketika menjalankan OP PLUTO TIMUR 2/2013, OP Khas Cegah PATI (OCP) COVID-19 Sektor Timur serta OP TIRIS 3.0.

Menurutnya, kedua-dua bot berwarna kelabu biru dan kelabu itu dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.1 batu nautika utara Tanjung Pantau-Pantau pada jam 5.45 petang dan 5.50 petang.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot ditinggalkan tanpa kru. Kita percaya mereka melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir Shubli berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua enjin sangkut Yamaha 40hp serta 37 jerikin petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini.

“Kedua-dua bot bersama enjin dan petrol berkenaan dirampas. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM20,000,” katanya.

Beliau berkata, semua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Semporna untuk proses dokumentasi dan siasatan selanjutnya.

“Maritim Malaysia komited memperkukuh kawalan dan operasi di perairan Semporna bagi membanteras sebarang bentuk penyeludupan serta jenayah maritim,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular