PRN SABAH
HomeSukanLiga Super : Sabah FC mahu aksi lebih konsisten bertemu Penang FC

Liga Super : Sabah FC mahu aksi lebih konsisten bertemu Penang FC

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC kini berada pada landasan positif dan terbaik menjelang aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas, Ahad ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Jean-Paul de Marigny berkata,  fokus utama pasukan adalah mengekalkan prestasi konsisten sepanjang 90 minit. 

Menurut beliau, walaupun skuadnya cemerlang pada separuh masa pertama ketika menentang Selangor minggu lalu, penurunan intensiti di babak kedua menjadi pengajaran penting.

“Cabaran kami kini adalah mengekalkan momentum sehingga 95 atau 96 minit – apa sahaja yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut memuji Penang FC sebagai pasukan berkualiti dan menegaskan pasukannya perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan lawan.

Selain itu, de Marigny merakamkan penghargaan kepada penyokong Sabah FC yang semakin memberikan sokongan padu, berharap dorongan mereka menjadi pemangkin bagi meraih tiga mata penuh. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular