HomePRNN.54 KARAMUNTINGRakyat nilai rekod, bukan naratif 'katak' - George Hiew

Rakyat nilai rekod, bukan naratif ‘katak’ – George Hiew

Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin menegaskan sambutan daripada pengundi sepanjang kempennya menunjukkan rakyat lebih menilai rekod, berbanding dakwaan mengelirukan yang dimainkan pihak pembangkang.

Katanya, pembangkang memilih untuk mengulangi naratif ‘katak’ sedangkan calon dan penyusunan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) diputuskan oleh Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

“Pihak tertentu cuba menimbulkan kekeliruan dengan isu yang sudah pun dimuktamadkan.

“Interaksi saya dengan pengundi jelas menunjukkan mereka menilai prestasi, bukan cerita-cerita yang sengaja diada-adakan,” katanya ketika ditemui di Pusat Media PRN Sabah di sini.

George turut menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan hari ini gagal sambil mengingatkan bahawa isu air, elektrik dan jalan raya turut gagal diselesaikan ketika pembangkang memerintah.

Katanya, kegagalan pembangkang ketika itu adalah kerana kekurangan peruntukan serta hubungan tegang antara kerajaan negeri dan pusat.

“Mereka mengata kerajaan gagal, tetapi semasa mereka memerintah pun masalah itu tetap tidak selesai.

“Hubungan kerajaan negeri dan persekutuan ketika ini jauh lebih baik hasil pentadbiran kerajaan perpaduan. Semua yang dilakukan kerajaan hari ini adalah reformasi jangka panjang, bukan slogan politik sehari dua,” katanya.

George juga menegaskan kemajuan Sabah tidak dapat dicapai melalui sentimen menentang kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan kestabilan politik dan kerjasama erat dengan kerajaan pusat.

“Pembangkang kata mereka menolak parti Semenanjung tetapi akhirnya menyokong kerajaan persekutuan selepas menang.

“Mereka kata menolak ‘katak’, tetapi menerima ‘katak’. Pengundi sendiri dapat menilai,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama sekolah, ibu bapa perkukuh kejayaan murid SK Rampayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular