PRN SABAH
HomeUtamaWarga Ranau diseru lebih kompetitif hadapi dunia semasa - Masidi

Warga Ranau diseru lebih kompetitif hadapi dunia semasa – Masidi

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Warga Ranau diminta supaya lebih bersedia untuk hidup dalam dunia yang lebih kompetitif sejajar dengan perubahan semasa yang menyaksikan semakin banyak persaingan.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, persaingan bagi mencari peluang pekerjaan pada masa lalu dilihat mudah namun kini berubah sejajar perubahan demografi penduduk.

“Dulu ramai atau majoriti penduduk negeri ini dalam kalangan Kadazan Dusun Murut (KDM), tetapi dengan ketibaan dan juga perkembangan penduduk-penduduk daripada etnik yang lain mereka sudah menjadi satu etnik yang minoriti.

Masidi Manjun

“Jadi ini sebenarnya bagi saya satu keperluan kenapa kita lebih bersifat kompetitif berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Orang-orang Ranau ini adalah orang yang baik, orang yang rajin, orang yang rajin berusaha.

“Dari segi pendidikan pun di antara daerah yang paling banyak menjana graduan universiti setiap tahun ialah orang Ranau. Bermakna orang Ranau ini sebenarnya pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Datuk Seri Masidi Manjun anjuran Kelab Belia Kampung Pahu Sarayo di sini pada Khamis.

Justeru beliau berkata, peluang yang ada perlu diambil perhatian khususnya kepada bidang-bidang tertentu yang belum diterokai.

Masidi ketika berucap pada majlis itu – Foto Shane Sabbie

“Apabila kita menerokai bidang-bidang yang dikatakan sukar dan jarang orang terokai, jadi sebenarnya kita meningkatkan kebolehpasaran kita dalam dunia pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, slogan ‘Kita Orang Ranau’ yang diperkenalkan beliau menjadi pendorong utama bagi membangkitkan motivasi anak-anak Ranau untuk melangkah lebih jauh dan membuktikan kemampuan mereka di pentas yang lebih besar.

Katanya, slogan itu bukan sekadar untuk mengenang nostalgia, tetapi lebih penting sebagai suntikan keyakinan dan motivasi bahawa orang Ranau mampu berdiri setara, malah menjadi yang terbaik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular