PRN SABAH
HomePRNN.38 PAGINATANBeri mandat kepada GRS - Abidin

Beri mandat kepada GRS – Abidin

Read Time:1 Minute, 51 Second

RANAU: Rakyat yang memberikan undi kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu meragui keupayaan bakal pemimpin mereka dalam membangunkan negeri Sabah.

Calon GRS N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, berkata sepanjang lima tahun pentadbiran GRS, pelbagai limpahan pembangunan telah dinikmati rakyat melalui agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

Justeru, katanya, rakyat perlu menyokong dan memberi mandat baharu kepada GRS demi kesinambungan pembangunan melalui SMJ 2.0, dan tidak perlu mengambil risiko dengan tawaran-tawaran lain yang belum tentu ada kepastiannya.

“Kerajaan GRS melalui barisan pemimpinnya telah membuktikan keterampilan menerajui Sabah dengan baik sehingga membuahkan hasil berlipat kali ganda berbanding kerajaan-kerajaan sebelum ini.

“Satu saja. Berhati-hati menaruh hati dan kepercayaan, apa lagi memberikan undi kamu kepada mereka yang menjanjikan bunga, bulan dan bintang namun tiada bukti yang boleh diketengahkan, selain cakap-cakap.

“Kerajaan baharu akan bermula dari ‘square one’, sedangkan kerajaan GRS akan mula bekerja pada platform yang sudah tinggi dan akan masuk pejabat untuk melaksanakan ‘bussines as usual’ untuk memajukan Sabah,” katanya.

Abidin berkata demikian semasa jelajah ceramahnya di Kg Tinanom, Paus, Bitoon,  Taba, Tampios dan Nunuk Ragang dekat sini pada hari Sabtu.

Menurutnya, sepanjang pentadbiran GRS, pendapatan kerajaan negeri meningkat kepada hampir RM7 bilion tahun ini berbanding RM4 bilion pada 2022, manakala rizab negeri meningkat kepada RM8.7 bilion.

Selain itu, sebanyak RM138 juta dibelanjakan untuk sektor pendidikan tahun ini, termasuk pembinaan Rumah Mesra SMJ sebanyak 20 unit di setiap DUN sejak 2022 serta tambahan 40 unit lagi pada tahun 2024.

“Bantuan Sentuhan Kasih RM300 sebulan diteruskan hingga hujung tahun kepada penerima e-Kasih, manakala skim Insurans Rakyat bernilai RM10,000 seorang juga disediakan kerajaan. Semua ini hasil kestabilan politik,” jelasnya.

Mengulas pencapaian di DUN Paginatan, Abidin berkata antara projek penting yang dilaksanakan ialah pembinaan Pekan Baharu Paginatan, yang telah diluluskan dengan peruntukan awal RM500,000 bagi kerja infrastruktur, selain program pengukuran pantas tanah yang berjaya mengeluarkan lebih 1,000 geran melibatkan 6,000 ekar tanah.

“Selain itu, tiga kampung iaitu Ponulangon, Walou dan Kanawahon telah dikeluarkan daripada hutan simpan, manakala tambahan jawatan tiga Ketua Kampung dan sembilan Pengerusi JKKK diluluskan,” katanya.

Turut hadir adalah wakil-wakil daripada komponen GRS, Timbalan Ketua Bahagian PBS Paginatan, Faustine Thomas, Ketua Penerangan PGRS Paginatan, Jamian Manan DNA lain-lain.

RELATED ARTICLES
PRNUtama

Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular