PRN SABAH
HomePRNN.59 SUKAUPRU Sabah : Jelajah GRS di Sukau dapat sambutan hangat, sokongan semakin...

PRU Sabah : Jelajah GRS di Sukau dapat sambutan hangat, sokongan semakin meningkat

Read Time:47 Second

SUKAU : Program jelajah kempen Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Juhari Janan, terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila kehadirannya di Kampung Sri Ganda disambut meriah oleh penduduk setempat, termasuk komuniti kepulauan dan persisiran.

Program ceramah berkelompok yang berlangsung pada malam tersebut menyaksikan kehadiran pengundi dalam jumlah besar, mencerminkan sokongan yang semakin meningkat kepada calon berkenaan.

Dalam ucapannya, Juhari merayu agar pengundi memberikan mandat yang jelas kepada beliau bagi membolehkannya melaksanakan agenda pembangunan menyeluruh yang dirancang untuk manfaat semua penduduk Sukau.

“Banyak perancangan sudah kita susun untuk kawasan Sukau, termasuk Kampung Sri Ganda.

“Dengan mandat rakyat, kita dapat merealisasikan pembangunan ini demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas sambutan dan sokongan penduduk yang dilihat semakin kukuh, sambil menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan keperluan rakyat di kawasan itu.

Kempen calon GRS itu akan diteruskan dengan siri jelajah seterusnya, termasuk pertemuan bersama komuniti di beberapa lokasi lain dalam kawasan Sukau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular