HomeUtamaWarga emas hilang, ditemui meninggal dunia

Warga emas hilang, ditemui meninggal dunia

Read Time:49 Second

Oleh Raul G

KIULU: Kehilangan seorang warga emas berakhir tragedi apabila disahkan meninggal dunia selepas ditemukan kira-kira 30 meter dari rumahnya di Kampung Bayag di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali Taisin Bandaran, 85, awalnya dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas didapati tidak berada di kediamannya pada jam 6 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.30 petang.

Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi beserta satu pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max dan kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, operasi mencari mangsa dijalankan di sekitar kawasan rumah mangsa sebelum mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sejauh 30 meter,”

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.40 petang,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama sekolah, ibu bapa perkukuh kejayaan murid SK Rampayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular