PRN SABAH
HomePRNN.14 TAMPARULIKerajaan GRS sedia pertimbang jadikan Tamparuli daerah penuh

Kerajaan GRS sedia pertimbang jadikan Tamparuli daerah penuh

Read Time:54 Second

Oleh Florieta Diet

TAMPARULI: Permohonan rakyat di daerah ini untuk menjadikan Tamparuli sebagai daerah penuh akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan GRS terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, permintaan itu akan diteliti berdasarkan permohonan yang dikemukakan penduduk Tamparuli melalui Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, Dr Bonaventure Boniface.

“Jika semua syarat dapat dipenuhi, teratur, kita akan pertimbangkan permohonan tersebut,” katanya ketika berucap pada Kempen Jelajah Mega Tamparuli GRS di tapak Tamu Pekan Tamparuli, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh tahun ini dan tahun lepas, kerajaan telah menaik taraf dua daerah di Sabah iaitu Paitan dan daerah kecil Sook kepada status daerah penuh.

Justeru, katanya, tidak ada salahnya jika Tamparuli turut dipertimbangkan untuk status berkenaan.

“Apa yang penting, undi calon GRS… Dr Bonaventure Boniface,” katanya.

Untuk makluman, daerah kecil Tamparuli kini merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tuaran.

Majlis Daerah Tuaran bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pengurusan dan pembangunan kawasan tersebut, termasuk infrastruktur, kebersihan, serta perancangan bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular