HomePRNN.16 KARAMBUNAIPRU Sabah : Pilih GRS untuk kesinambungan pembangunan - Arshad

PRU Sabah : Pilih GRS untuk kesinambungan pembangunan – Arshad

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

SEPANGGAR : Rakyat Sabah khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai diseru membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 dengan memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi memastikan kesinambungan pembangunan negeri.

Calon GRS DUN Karambunai, Datuk Arshad Idris berkata, kerajaan GRS telah merancang pelbagai agenda pembangunan untuk rakyat dan adalah penting untuk memastikan usaha tersebut dapat diteruskan tanpa gangguan.

Katanya, meskipun terdapat 11 calon bertanding di kawasan itu termasuk dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan, sokongan pengundi perlu dipusatkan kepada GRS demi kestabilan dan masa depan kawasan tersebut.

“Mulai hari penamaan calon, pelbagai parti akan datang merayu dan memujuk. Saya mohon rakyat jangan terima semua itu bulat-bulat.

“Terimalah GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor agar kerajaan sedia ada dapat meneruskan perancangan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu petugas di Markas GRS Taman Kuala Manggatal, di sini pada Ahad

Dalam pada itu, Arshad berkata, sebuah dewan serbaguna dicadang untuk dibina untuk penduduk Taman Kuala Manggatal sekiranya beliau diberi mandat pada 29 November ini,l.

Beliau berkata, ketiadaan dewan menyebabkan penduduk terpaksa menutup jalan bagi memasang khemah ketika mengadakan majlis seperti perkahwinan, sekali gus mengganggu laluan penduduk lain.

“Saya lihat ada keperluan mendesak untuk membina sebuah dewan berhampiran masjid. Jika diberi kemenangan, insya-Allah saya akan usahakan pembinaan dewan ini demi keselesaan penduduk,” katanya.

Arshad turut menzahirkan keyakinan bahawa pengundi Karambunai akan terus memberi kepercayaan kepada GRS berdasarkan rekod pentadbiran yang stabil dan keupayaan kerajaan meneruskan agenda pembangunan di seluruh Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama sekolah, ibu bapa perkukuh kejayaan murid SK Rampayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular