PRN SABAH
HomePRNN.17 DARAUPRU Sabah: Razali tekankan nilai perubahan budaya kerja dan komitmen turun padang

PRU Sabah: Razali tekankan nilai perubahan budaya kerja dan komitmen turun padang

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi, menegaskan bahawa pilihan raya kali ini bukan sekadar memilih pemimpin yang petah berbicara, tetapi memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

Berucap pada Program Perjumpaan Keluarga Khairul Fahmi Gulam Rasul pada malam Sabtu, Razali berkata Darau dan Kampung Likas memerlukan budaya politik baharu yang menolak sentimen kebencian, tidak membezakan suku kaum, serta mengutamakan keikhlasan dan amanah dalam perkhidmatan.

“Rakyat sudah terlalu biasa dengan pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali, berpidato lantang tetapi tidak membawa hasil. Yang penting ialah pemimpin yang rajin turun padang, mendengar masalah dan mencari penyelesaian,” tegas Setiausaha Eksekutif GRS itu.

Razali turut berkongsi bahawa dalam tempoh lebih dua tahun, beliau bersama pasukannya bergerak dari kampung ke kampung bagi menyelesaikan pelbagai keperluan masyarakat.

Antara contoh yang diketengahkan ialah pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) pertama di Kampung Likas, yang dilaksanakan atas permintaan penduduk bagi meningkatkan aspek keselamatan tanpa perlu penduduk berjaga malam untuk rondaan.

Menurutnya, hari pengundian pada 29 November merupakan peluang penting untuk memilih seorang wakil rakyat yang menjadi jambatan masyarakat—bukan sekadar pemegang gelaran.

“Saya bukan datang untuk menjadi Yang Berhormat. Saya datang untuk menjadi jambatan kamu di Kampung Likas, menjadi mulut kamu untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Razali turut mengingatkan bahawa pertukaran kerajaan boleh menjejaskan kesinambungan dasar dan projek pembangunan yang telah dirangka GRS, sekali gus menyebabkan pembangunan kembali tergendala.

Sebagai anak jati Kampung Likas, beliau merayu agar pengundi menilai dengan fikiran yang waras dan tidak memilih berdasarkan emosi atau sentimen.

“Kita pilih bukan kerana suku, bukan kerana agama. Pilih berdasarkan prestasi, kerja dan kemampuan membawa perancangan,” katanya.

Razali berharap pertemuan tersebut mampu membuka hati pengundi Darau dan Kampung Likas untuk memberi peluang kepadanya berkhidmat.

“InsyaAllah, dengan izin Allah, nombor 6 pada 29 ini, itulah harapan kita untuk membawa perubahan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular