PRN SABAH
HomePRNN.57 KUAMUTMasiung tekad terus perjuang agenda rakyat Kuamut

Masiung tekad terus perjuang agenda rakyat Kuamut

Read Time:1 Minute, 52 Second

SANDAKAN: Kempen seminggu di seluruh Sabah menunjukkan fenomena politik baharu yang semakin jelas menjelang pilihan raya negeri iaitu
sentimen rakyat untuk memilih parti tempatan yang semakin kuat.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat (Gagasan), Datuk Masiung Banah, berkata perkembangan itu bukan sahaja tertumpu kepada penolakan parti dari Semenanjung, tetapi turut dirasai terhadap parti-parti dari Sarawak.

Katanya, ramai rakyat khususnya di kawasan pedalaman kini lebih cenderung menyokong parti tempatan yang dianggap lebih memahami isu dan realiti di Sabah.

“Bagi pihak GRS, ini satu kelebihan kerana GRS adalah parti lokal, telah mentadbir lima tahun dan rakyat boleh menilai faedah yang mereka peroleh.

“Kita lihat kestabilan politik berjaya dipulihkan, rakyat tidak terbeban, banyak program bantuan diteruskan, dan 13 perkara MA63 sudah dicapai,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media di sini.

Masiung yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut pada pilihan raya kali ini berkata, perkara tanah adalah antara topik utama yang sentiasa diputar semula setiap kali pilihan raya di kawasan itu.

Namun, tegasnya, sejarah menunjukkan perubahan besar telah berlaku sejak beliau pertama kali menjadi wakil rakyat kawasan itu.

“Sebelum 2008, terdapat lebih 90,000 ekar tanah, tetapi hanya 9,000 ekar atau 10 peratus milik orang kampung. Selebihnya dimiliki syarikat-syarikat besar.

“Selepas saya dilantik sebagai wakil rakyat, saya mengambil langkah drastik dengan menghentikan permohonan tanah oleh syarikat dan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Khas untuk membantu permohonan tanah oleh orang kampung secara individu atau berkumpulan.

“Hasilnya, banyak geran komunal dan terancang telah dikeluarkan. Pengukuran tanah dijalankan untuk mereka. Ini usaha yang sudah lama saya buat dan ia juga sebahagian manifesto saya yang telah pun dilaksanakan,” jelasnya.

Dalam isu pembangunan kompleks sukan yang sering dibangkitkan pembangkang, Masiung menjelaskan projek itu sebenarnya sudah dirancang sebelum 2018 ketika beliau masih Menteri Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, pertukaran kerajaan secara berulang menyukarkan kesinambungan projek tersebut.

“Bila kerajaan bertukar-tukar, bagaimana projek boleh diteruskan? Inilah sebab rakyat mahu kestabilan,” katanya.

Ditanya mengenai keyakinan dirinya sebagai calon, Masiung berkata, rakyat Kuamut sudah mengenali rekod dan kerja yang dibuatnya.

Beliau mengingatkan bahawa pada 2020 beliau menang sebagai calon Bebas walaupun berdepan kerajaan Warisan, manakala pada 2022 pula beliau sekali lagi menewaskan calon UMNO juga sebagai calon Bebas.

“Ini bukti kekuatan sokongan rakyat. Dengan kekuatan itu, saya yakin kemenangan tetap bersama kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular