HomePRNN.32 KLIASPRU Sabah : Isnin yakin Klias kekal milik GRS berdasarkan sokongan padu...

PRU Sabah : Isnin yakin Klias kekal milik GRS berdasarkan sokongan padu rakyat

Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

BEAUFORT : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh yakin kerusi itu akan terus kekal di bawah GRS berikutan sokongan padu dan keyakinan tinggi rakyat terhadap kemampuan parti tersebut membantu dan menjamin keselamatan serta kemakmuran negeri.

Beliau berkata, sejak hari penamaan calon, arus sokongan terhadap GRS amat memberangsangkan dengan semangat rakyat yang semakin memuncak di setiap lokasi kempen.

“Sokongan sangat luar biasa. Semua orang bersemangat, dan semangat mereka kali ini berbeza. 

“Mereka mahu menangkan GRS kerana mereka anggap parti ini benar-benar bekerja untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di kediamannya di sini pada Isnin.

Menurutnya, selepas lima hari berkempen, tiada sebarang masalah besar timbul dan sokongan semakin bertambah setiap hari.

Katanya, jentera parti juga bergerak aktif menemui pengundi yang belum didekati bagi memastikan semua saluran disentuh dan didekati.

“Keadaan rancak dan menyeronokkan. Jentera sangat komited, rakyat pula sangat bersemangat. 

“Mereka yakin GRS parti yang mampu menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri, sebab itu sokongan mereka begitu kuat,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa ramai penduduk setempat menzahirkan rasa syukur atas pelbagai bantuan dan pembangunan yang dibawa GRS sebelum ini, termasuk dalam bidang pendidikan, prasarana dan kesejahteraan rakyat.

Mengulas isu paling kerap dibangkitkan sepanjang kempen, beliau berkata Klias tidak berdepan masalah besar.

“Biasanya isu jalan, tapi itu pun tidak banyak. Masalah air dan elektrik tidak timbul. Isu-isu kecil saja,” katanya.

Namun, permintaan terhadap Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kekal tinggi. 

Beliau memberi jaminan bahawa GRS akan melaksanakan lebih banyak unit tahun depan sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan.

“InsyaAllah, tahun depan kita akan laksanakan 50 unit Rumah SMJ di Klias. Permohonan 2025 akan diselesaikan pada 2026, kecuali kes tertentu seperti mangsa kebakaran yang perlu diutamakan,” katanya.

Sementara itu, menjelang undi awal esok, beliau menyeru pengundi agar memberi mandat kepada GRS untuk memastikan kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

“Saya mengharapkan undi diberikan kepada GRS. Jangan undi Barisan Nasional, jangan Warisan, dan jangan parti-parti kecil kerana itu hanya membuang masa.

“Undilah GRS untuk kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular