PRN SABAH
HomePRNProses pengundian awal di IPD Ranau berjalan lancar

Proses pengundian awal di IPD Ranau berjalan lancar

Read Time:42 Second

RANAU: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17 berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, melibatkan anggota keselamatan yang layak mengundi awal.

Masa pengundian dibuka tepat jam 8 pagi dan ditutup pada 5 petang, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut tinjauan, proses pengundian berjalan dengan teratur, lancar dan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Segala urusan yang melibatkan pengundi dan petugas pilihan raya dilaksanakan sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) SPR, termasuk kawalan keselamatan, aliran keluar masuk dan pemantauan kerahsiaan undi.

Suasana di pusat mengundi turut memperlihatkan komitmen tinggi anggota keselamatan yang hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi walaupun masih berada dalam penugasan harian.

Keadaan yang aman, tersusun dan terkawal ini mencerminkan tahap profesionalisme pasukan keselamatan serta kematangan proses demokrasi sempena PRU DU Sabah Ke-17.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular