HomePRNN.52 SUNGAI SIBUGAAnwar ulangi komitmen tunai hak 40 peratus untuk Sabah

Anwar ulangi komitmen tunai hak 40 peratus untuk Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan kekal komited untuk melaksanakan pembayaran semula 40 peratus hasil bersih yang menjadi hak negeri Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri berkata, hanya kerajaan hari ini yang benar-benar memulakan langkah pelaksanaan selepas puluhan tahun isu itu dibiarkan tanpa tindakan.

Katanya, tuntutan 40 peratus bukan lagi retorik politik, sebaliknya sedang ditangani secara teratur oleh kerajaan Pusat.

“Sudah berapa puluh tahun orang bercakap tentang 40 peratus? Siapa yang mula betul-betul mahu laksana? Sekarang, Anwar, Perdana Menteri.

“Menteri Pengangkutan, Keadilan, DAP, Amanah, semua dalam kerajaan kita, semua sokong. Kita janji, kita buat,” katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Belia Sandakan di gelanggang futsal Sim-Sim, di sini, hari ini

Anwar berkata, kerajaan terdahulu hanya menyebut isu itu tanpa pelaksanaan, sehingga ada pihak yang didakwa memperkayakan diri atas nama tuntutan tersebut.

“Dulu ada yang cakap 40 peratus, tapi 40 peratus masuk poket.

“Kerajaan hari ini tidak berhasrat menangguh hak Sabah itu. Saya sudah janji 40 peratus itu untuk rakyat Sabah,” katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyenaraikan beberapa pencapaian kerajaan dalam tempoh tiga tahun mentadbir, termasuk pengembalian kuasa pengurusan elektrik kepada Sabah serta kelulusan dana besar bagi memastikan keperluan elektrik negeri ini dapat dipenuhi.

Beliau turut menjelaskan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo diteruskan dan dipantau secara rapi bagi mempercepatkan kerja-kerja infrastruktur.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, kestabilan politik adalah elemen penting untuk memastikan semua perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kita perlukan kerajaan negeri yang stabil. Kita perlukan kerajaan Persekutuan yang stabil dan bertanggungjawab. Barulah kerja kita jalan,” katanya.

Dalam program itu, Anwar turut memuji dua calon wanita dari PH iaitu Vivian Wong Shir Yee dan Tang Szu Ching yang bertanding masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura dan Tanjung Papat yang disifatkannya sebagai rajin, berwibawa dan berprinsip.

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular