HomePRNN.51 SUNGAI MANILAZakaria yakin Hazem capai kemenangan di DUN Sungai Manila

Zakaria yakin Hazem capai kemenangan di DUN Sungai Manila

Read Time:37 Second

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, dilihat mempunyai peluang kukuh untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Keyakinan itu disuarakan mantan Wakil Rakyat Libaran, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, ketika hadir pada Majlis Santai Beliawanis Bersama Calon Sungai Manila, di sini semalam.

Menurut Zakaria, sambutan hangat daripada penduduk setempat terhadap program-program yang dihadiri Hazem menjadi petanda positif.

“Respon rakyat di Sungai Manila terhadap Hazem jelas dapat dilihat melalui setiap program yang dihadirinya.

“Berdasarkan pengalaman, sambutan tersebut berbeza berbanding calon lain, dan ini menunjukkan beliau mempunyai potensi untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Zakaria turut menyatakan bahawa jentera calon parti lain juga mendapat sambutan, namun sokongan terhadap Hazem dilihat lebih menyerlah.

RELATED ARTICLES
N.58 LAMAGPRNUtama

Mesyuarat khas tentukan tarikh PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular