PRN SABAH
HomePRNN.10 USUKANPembangunan modal insan belia jadi keutamaan Japlin

Pembangunan modal insan belia jadi keutamaan Japlin

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Golongan belia khususnya mereka yang berusia 18 tahun perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan mereka bersedia menghadapi arus pembangunan pesat negara pada masa hadapan.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Usukan, Datuk Japlin Akim, berkata sekiranya diberikan mandat, fokus utamanya adalah memperkukuh pembangunan modal insan terutamanya dalam kalangan generasi muda di kawasan berkenaan.

“Golongan muda harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kekuatan fizikal dan mental, pengalaman serta kemahiran agar mampu bersaing dalam dunia hari ini.

“Oleh itu, saya percaya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membuka serta menyediakan platform bagi belia menceburi pelbagai bidang yang boleh membentuk mereka sebagai modal insan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video di sini pada Khamis.

Japlin berkata, menyediakan peluang dan ruang kepada golongan belia merupakan pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat besar kepada pembangunan Usukan.

Dalam perkembangan lain, Japlin berkata usaha beliau turun padang sejak sebelum menjadi calon telah membuka matanya tentang keperluan sebenar penduduk setempat.

“Saya sentiasa berjumpa masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang ekonomi untuk mendengar sendiri keluhan mereka.

Cadangan yang diberikan biasanya rasional dan memberikan gambaran jelas tentang apa yang perlu dilaksanakan bagi membawa kemajuan di Usukan,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa suara rakyat adalah kompas utama dalam merancang agenda pembangunan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menerima manfaat secara inklusif dan saksama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular