PRN SABAH
HomePRNN.24 TANJUNG KERAMATShah Alfie optimis pengundi DUN Tanjung Keramat pilih GRS

Shah Alfie optimis pengundi DUN Tanjung Keramat pilih GRS

Read Time:1 Minute, 25 Second

PUTATAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, optimis bahawa pengundi setempat sentiasa cakna dengan tawaran manifesto pihaknya bagi memilih kerajaan pentadbir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah melabuhkan tirai esok.

Beliau berkata, keyakinan tersebut disandarkan kepada penerimaan positif banyak pihak terhadap manifesto parti dan aspirasi yang ditawarkan sepanjang tempoh kempen selama dua minggu.

Jelasnya, pendekatan holistik yang digunakan bagi mendekati pengundi sebelum ini dijangka memainkan peranan penting demi meneruskan agenda GRS, terutamanya pelaksanaan hala tuju SMJ 2.0.

“Dengan kempen yang berakhir pada hari ini, maka mandat rakyat akan menjadi penentu pada pesta demokrasi PRU Sabah.

“Pilihlah dan nilailah prestasi sesebuah parti berdasarkan trek rekod dan bukannya emosi. Saya berpendapat semua rakyat adalah pengundi yang bijak serta mampu menilai perkara ini.

“Kami di GRS memberikan tawaran kepada semua pengundi yang berasaskan perkara yang dekat di hati rakyat dan bukannya janji bulan dan bintang,” katanya dalam perutusan penutup kempennya di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan perjalanan kempen yang berakhir pada hari ini, Shah Alfie menjelaskan bahawa beliau berpuas hati dengan komitmen semua pihak dan jentera parti dalam memenangi hati pengundi sepanjang tempoh tersebut.

“Mengenai kempen dan komitmen kami, saya bersyukur mempunyai sebuah pasukan yang sangat efisien serta komited sepanjang dua minggu berkempen ini.

“Saya menyerahkan kepada Allah SWT atas segala yang berlaku kerana kita sudah berusaha sebaik mungkin dalam tempoh ini.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya parti GRS, jentera, keluarga dan sahabat handai. Tanpa anda semua, perkara ini tidak akan berlaku.

“Kepada para pengundi di Tanjung Keramat, jika anda tertarik dengan apa yang kami tawarkan, kami akan sentiasa konsisten menyantuni anda dari semasa ke semasa. Saya, Shah Alfie Yahya — Rumah Kita, Kita Jaga,” katanya.

RELATED ARTICLES
PRNUtama

Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular