HomePRNN.22 TANJUNG ARUChan Foong Hin tenang hadapi keputusan, selesai mengundi di Penampang

Chan Foong Hin tenang hadapi keputusan, selesai mengundi di Penampang

Read Time:41 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin, bersama isteri, Datin Koh Chen Yean, hadir untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahang di sini pada jam 8.47 pagi tadi.

Chan bersama isteri selesai mengundi .

Chan berkata beliau akan menunggu keputusan pilihan raya dengan tenang pada malam inii.

Sementara itu, Penyelia Pusat Mengundi SK Bahang, Sopian Mohammad, memaklumkan bahawa pengundi mula hadir seawal 7.30 pagi, majoritinya terdiri daripada golongan berusia.

Petugas SPR sedang bertugas mendaftarkan para pengundi.

Beliau berkata hujan renyai-renyai pada awal pagi menyebabkan kehadiran pengundi agak perlahan, namun selepas jam 8.30 pagi, orang ramai mula berpusu-pusu hadir ke pusat mengundi berikutan cuaca kembali baik.

Menurutnya, kira-kira 5,000 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi tersebut yang mempunyai sepuluh saluran.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama sekolah, ibu bapa perkukuh kejayaan murid SK Rampayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular