PRN SABAH
HomePRNWalau uzur, semangat tetap kuat

Walau uzur, semangat tetap kuat

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kesukaran fizikal bukan penghalang bagi seorang warga emas, Salamah Musa, 68, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17.

Walaupun kesihatan semakin merosot dan terpaksa bergerak dengan kerusi roda, Salamah tetap hadir ke Pusat Daerah Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Titingan dengan penuh semangat.

“Walaupun saya punya tubuh sudah kurang sihatlah orang bilang, tidak melemahkan semangat saya untuk mengundi,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi di sini, hari ini.

Menurut Salamah, minatnya terhadap proses demokrasi bukanlah perkara baharu.

“Memang saya minat dari dulu lagi. Banyak kali sudah mengundi, tidak pernah terlepas. Bukan di SK Titingan sahaja, pernah juga mengundi di tempat lain di DUN Apas ini,” ujarnya sambil tersenyum.

Salamah menunjukkan jarinya selesai membuang undi di SK Titingan. Foto Sitti Nor Azizah Talata

Beliau tiba di pusat mengundi ditemani anak saudaranya yang tinggal berhampiran kawasan pusat pengundian SK Titingan.

“Itu ada di sana, anak saudara saya. Tinggal dekat-dekat sini, blok 10 Kampung Titingan. Dulu kami di blok lima. Sama kawan-kawan dan keluarga datang mengundi,” ujarnya.

Bagi Salamah, peluang mengundi memberi ketenangan buat dirinya, lebih-lebih lagi selepas melalui pelbagai cabaran hidup.

“Mana tahu tenang fikiran saya mengundi… saya sudah tidak ada suami, anak pula ada yang pindah ke Kuala Lumpur,” tambahnya dalam nada sebak tetapi tetap bersemangat.

Kehadiran Salamah menjadi simbol ketabahan dan bukti bahawa setiap undi sangat berharga, tidak kira usia atau keadaan fizikal.

RELATED ARTICLES
Utama

Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular