PRN SABAH
HomeUtamaEwon Benedict Lawat KKIP, Perkukuh Halatuju Pembangunan Industri Sabah

Ewon Benedict Lawat KKIP, Perkukuh Halatuju Pembangunan Industri Sabah

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU,— Taman Perindustria Kota Kinabalu (KKIP) menerima lawatan rasmi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick yang mengadakan kunjungan kerja ke taman perindustrian berkenaan bagi meninjau operasi serta perkembangan terkini pembangunan industri di Sabah baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat terperinci oleh Ketua Pegawai Eksekutif KKIP, Datuk Lawrence Kimkuan, mengenai inisiatif-inisiatif sedia ada yang sedang dilaksanakan serta perancangan strategik pembangunan KKIP untuk jangka sederhana dan panjang.

Selain mendalami pelbagai projek semasa, Ewon turut berkongsi wawasan serta halatuju beberapa inisiatif baharu yang boleh diterokai oleh KKIP bagi memperkukuh peranan taman perindustrian itu sebagai pemacu ekonomi negeri.

“Saya amat yakin KKIP akan terus menyumbang kepada pembangunan rakyat Sabah yang berpendapatan, di samping memperkukuh ekosistem pelaburan dan keusahawanan di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar pasukan Sabah First di KKIP terus diperkasakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada semua pemegang taruh, termasuk pelabur tempatan dan antarabangsa.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa sektor perindustrian sebagai antara tunjang utama pertumbuhan ekonomi Sabah serta penciptaan peluang pekerjaan untuk rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Pinakol: Seni Rungus terpelihara, peluang ekonomi terbuka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular