HomeUtamaProgram Jendela Ilmu bantu 60 kanak-kanak kurang bernasib baik di Raisul Tuition...

Program Jendela Ilmu bantu 60 kanak-kanak kurang bernasib baik di Raisul Tuition Centre

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Seramai 60 murid di Raisul Tuition Centre menerima manfaat menerusi penganjuran Program Khidmat Masyarakat: Program Jendela Ilmu.yang berlangsung pada 30 November 2025 (Ahad) dari 10 pagi hingga 2 petang.

Program itu dianjurkan oleh pelajar PACE Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kota Kinabalu dengan kerjasama Raisul Tuition Centre serta sokongan beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan kepada Penasihat Program dan Pensyarah Kursus, Prof. Madya Dr Irma Wani Othman, yang diwakili Alice Dion Marius selaku wakil penaung Raisul Tuition Centre.

Seramai lapan pelajar PACE UUM, tiga guru, fasilitator serta wakil komuniti setempat turut hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung.

Program Jendela Ilmu dirangka bagi menyantuni kanak-kanak kurang bernasib baik yang berisiko tercicir dalam pendidikan melalui siri aktiviti pembelajaran interaktif, bimbingan akademik dan pembangunan sahsiah.

Usaha ini bertujuan memupuk minat belajar, meningkatkan keyakinan diri serta membuka ruang pengembangan potensi murid-murid di pusat tersebut.

Menurut wakil penganjur, program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah menjadi platform latihan kepimpinan dan pembelajaran bermakna kepada pelajar PACE UUM melalui aktiviti berteraskan empati, kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial selaras dengan matlamat universiti melahirkan graduan berilmu dan berkarakter.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada agensi dan NGO yang menyokong penganjuran program tersebut termasuk Sabah Electricity, Smart Sabah, Serena Trading dan North Borneo Raiders 300, selain para penaja serta penyumbang lain yang membantu dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan.

Program Jendela Ilmu diharap menjadi pemangkin hubungan berterusan antara UUM dan komuniti setempat serta memberi impak jangka panjang terhadap pembangunan pendidikan kanak-kanak yang memerlukan.

RELATED ARTICLES
Utama

Children’s Art Award Ceremony serlah bakat anak muda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular