HomeUtamaAbang dera dua adik tiri dibebaskan dengan bon berkelakuan baik

Abang dera dua adik tiri dibebaskan dengan bon berkelakuan baik

Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penganggur yang mendera dua adik tirinya, berusia 10 dan 7 tahun, telah dilepaskan dengan bon berkelakuan baik (BOGB) selama 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Amir Shah Amir Hassan memerintahkan Mohd Riezwan Mohd Rizal, 19, untuk melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Keningau sepanjang tempoh bon.

Mahkamah juga menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 tanpa deposit dengan dua penjamin, salah seorang mesti warganegara.

Semasa memutuskan BOGB, mahkamah berkata ia telah mengambil kira pelbagai aspek, termasuk hujah pihak pendakwaan, laporan sosial pesalah muda daripada Pegawai Kebajikan, serta rayuan daripada makcik tertuduh.

Amir menegaskan bahawa walaupun tahap kecederaan mangsa adalah serius, keseluruhan kes perlu diambil kira termasuklah latar belakang tertuduh yang berasal dari keluarga berpecah-belah dan memerlukan kasih sayang.

“Pihak pendakwaan mahu hukuman berat dijatuhkan memandangkan kesalahan ini serius. Bagaimanapun, mahkamah berpandangan bahawa selain faktor hukuman sebagai pengajaran, faktor rehabilitasi juga penting,” katanya.

Amir berkata, keadaan tertuduh boleh dikategorikan sebagai orang kurang upaya yang yang mempunyai masalah pembelajaran dan masih memerlukan bimbingan.

Hakim turut bertanya kepada tertuduh mengenai aktiviti yang dilakukan sejak ditahan polis pada 19 April. Riezwan berkata dia gembira kerana mempunyai kawan untuk bercerita dan boleh bernyanyi bersama. Tambahnya, dia juga belajar menunaikan solat.

Hakim juga bertanya kepada tertuduh apa yang dibuatnya di Mahakamah sejak ditahan pada 19 April, Riezwan berkata dia gembira kerana mempunyai kawan bercerita dan boleh bernyanyi bersama-sama.

Tambahnya dia juga belajar sembahyang. Amir menasihati tertuduh supaya terus menunaikan solat selepas dibebaskan.

“Jika ada masalah, luahkan perasaan dan masalah kepada Tuhan. Keluar nanti, jangan lupa sembahyang. Kalau tiada tempat untuk meluah, mengadu sahaja kepada Tuhan. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain. Kesian kamu, kerana seperti yang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sebut, kamu juga mangsa keadaan,” katanya.

Pada 4 September lalu Mohd Riezwan, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu antara Julai hingga Ogos tahun ini di sebuah rumah sewa di Taman Telipok Ria, Tuaran.

Bagi pertuduhan pertama, Riezwan didakwa mendera adik tirinya berusia 10 tahun dengan menyiram air panas pada leher kanan hingga melecur.

Bagi pertuduhan kedua, dalam tempoh sama di lokasi yang sama, Riezwan didakwa mendera adik tirinya berusia 7 tahun dengan memukul kepalanya menggunakan pemberat (dumbbell) serta menekap badan dengan senduk panas hingga melecur.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu membawa hukuman maksimum denda RM50,000, penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan bahawa tuan rumah membuat laporan polis selepas menyedari kecederaan yang dialami oleh dua kanak-kanak itu semasa mahu mengutip sewa rumah pada 9 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh TPR Bryan Francis, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pegawai Kebajikan, ketika mengemukakan laporan sosial pesalah muda, mencadangkan agar Riezwan dikenakan bon berkelakuan baik (BOGB) selama 12 bulan.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing dipenjara 14 bulan cederakan lelaki guna gunting

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular