HomePRNN.58 LAMAGMesyuarat khas tentukan tarikh PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan pada...

Mesyuarat khas tentukan tarikh PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan pada 16 Disember – SPR

Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember ini bagi membincangkan segala persiapan dan menetapkan tarikh-tarikh penting bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK).

Setiausaha SPR Malaysia Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, ia adalah susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kinabatangan dan kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Lamag, Sabah.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri  Ramlan Datuk Harun, dan dijangka menjadi penentu kepada beberapa perkara kritikal dalam proses pilihan raya kecil tersebut.

“Mesyuarat Khas tersebut akan membincangkan tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Kekosongan kedua-dua kerusi itu berlaku berikutan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang mengisi kedua-dua jawatan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag.

Khairul berkata, selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sabah, kerusi yang kosong secara luar jangka perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan disahkan oleh SPR.

Menurutnya lagi, satu sidang media akan diadakan sejurus Mesyuarat Khas pada 16 Disember itu berakhir, bagi mengumumkan keputusan rasmi dan maklumat lengkap persiapan PRK.

PRK Kinabatangan dan Lamag dijangka menjadi tumpuan politik negara, khususnya di Sabah, memandangkan kerusi tersebut secara tradisi merupakan kubu kuat bagi parti yang diwakili Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.  SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kes rasuah Albert Tei dibicara tahun hadapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular