HomePolitikPhoong nafi hantar surat cadang lantikan ahli DAP dalam kerajaan

Phoong nafi hantar surat cadang lantikan ahli DAP dalam kerajaan

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, menegaskan bahawa beliau tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri untuk mencadangkan mana-mana ahli parti itu memegang jawatan dalam kerajaan.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, Phoong berkata satu “surat” tular di media sosial kononnya ditujukan kepada Ketua Menteri bagi mencadangkan lantikan ahli parti DAP Sabah.

“Saya ingin menegaskan bahawa sejak selepas pilihan raya, saya tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri.

“‘Draf surat’ yang kelihatan seperti dirakam daripada skrin komputer itu bertarikh 5 Disember, dan tidak mengandungi tandatangan saya serta tiada cop rasmi,” katanya.

Phoong turut memaklumkan bahawa pada malam 7 Disember, DAP Sabah telah mengadakan mesyuarat dan sekali lagi menegaskan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan, satu pendirian yang turut dipersetujui oleh kepimpinan parti di peringkat negeri.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, DAP Sabah akan kembali kepada rakyat, berkhidmat untuk mereka, selangkah demi selangkah, untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kes rasuah Albert Tei dibicara tahun hadapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular