HomeUtamaKes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia - Azalina

Kes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris Kemenangan Besar Buat Malaysia – Azalina

Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR, Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kemenangan itu bukan sahaja kejayaan undang-undang, malah kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah.

“Bagi pihak War Room Sekretariat Khas Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan Jabatan Peguam Negara (AGC), Wisma Putra, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta semua agensi kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara.

“Ia membuktikan iltizam Kerajaan MADANI mempertahankan negara dengan berprinsip dan berpaksikan undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022, dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos berjumlah €200,000 kepada Malaysia.

War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Dis, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan pada awal pagi tadi.

Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Award Akhir’ itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.

Mahkamah Rayuan Paris sebelum ini telah menolak pengiktirafan dan pelaksanaan ‘Partial Award’ pada 6 Jun 2023, dan Mahkamah Agung Perancis mengekalkan keputusan itu pada 6 Nov 2024.

Sebelum ini, lapan warganegara Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu yang telah pupus memulakan prosiding timbang tara di Sepanyol, menuntut pampasan berjumlah berbilion terhadap Malaysia berhubung Sabah.

Pada Mac 2019, sebuah mahkamah di Madrid melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes berkenaan.

Pada 28 Feb 2022, Stampa mengeluarkan ‘Award Akhir’ berjumlah USD14.9 bilion memihak penuntut, melalui proses timbang tara yang tidak sah kerana pelantikannya telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kelonggaran Kod Etika Pemakaian di Kaunter Kerajaan Dibenarkan Untuk Kes Kecemasan,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular