HomeUtamaLelaki mengaku tidak bersalah rogol kekasih bawah umur

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol kekasih bawah umur

Read Time:38 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol kekasihnya yang masih bawah umur.

Shairul Nizam Roger Kan, 29, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan ketika kes dijadualkan untuk fakta kes dibacakan dan hukuman dijatuhkan.

Shairul didakwa merogol gadis yang baru berumur 15 tahun 11 bulan pada 31 Ogos 2024, kira-kira 5.45 petang di sebuah bilik hotel di Tuaran.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Januari untuk sebutan kes pra-perbicaraan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam akan terus ditahan sementara menunggu kes selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

GLC, Badan Berkanun diarah hantar laporan setiap tiga bulan terus kepada...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular