HomeUtamaMasa untuk bekerja - Shah Alfie

Masa untuk bekerja – Shah Alfie

Read Time:1 Minute, 2 Second

PUTATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, terus komited memperkukuh iltizamnya sebagai wakil rakyat dalam menyampaikan khidmat, bakti dan aspirasinya kepada penduduk di DUN berkenaan.

Beliau berkata, kini masanya untuk bekerja dan menyampaikan khidmat selaku wakil yang dipilih rakyat di Tanjung Keramat.

Jelasnya, aspirasi untuk memangkinkan kualiti hidup masyarakat, pembangunan sumber manusia berasaskan ilmu serta mempergiatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat akan menjadi tunjang utama pelaksanaan pentadbirannya untuk direalisasikan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberikan kesempatan untuk menempuh fasa baharu selaku wakil rakyat DUN Tg Keramat.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih, terutamanya kepada para pengundi DUN Tg Keramat kerana menunaikan kewajipan, para jentera, penyokong dan semua pihak… tanpa anda, saya tidak akan berada di sini.

“Insya-Allah, ini adalah waktu untuk kita bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat serta rakyat di Tg Keramat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis mengangkat sumpah sebagai ADUN Tg Keramat secara rasmi di DUN Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Upacara berkenaan berlangsung di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya.

Untuk rekod, Shah Alfie yang mewakili GRS memenangi DUN Tanjung Keramat pada PRU DUN Sabah 29 November lalu dengan majoriti 1,153 undi dalam pertandingan 11 penjuru.

RELATED ARTICLES
Utama

Curi fius elektrik untuk dijual, lelaki dipenjara 3 bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular