HomeSukanPiala FA : Shahelmey seru penyokong jadi ‘pemain ke-12’ Sabah FC

Piala FA : Shahelmey seru penyokong jadi ‘pemain ke-12’ Sabah FC

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Penyokong dan peminat bola sepak Sabah khususnya yang berada di Lembah Klang diseru agar turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada Sabah FC pada perlawanan akhir Piala FA 2025,Ahad ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kehadiran penyokong di stadium amat penting sebagai suntikan semangat kepada pemain untuk beraksi dengan penuh komitmen dan keyakinan dalam misi memburu kejuaraan yang dinanti sejak tiga dekad lalu.

“Saya menyeru semua penyokong Sabah FC yang berada di Lembah Klang supaya turun beramai-ramai ke stadium bertindak sebagai pemain ke-12 untuk memberi dorongan kepada pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri dan menyaksikan sesi latihan terbuka Sabah FC di Stadium Likas di sini.

Hadir sama  Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Pada sesi itu, Nizam turut menyampaikan pesanan serta sokongan penuh Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri kepada pasukan Sabah FC.

Shahelmey berkata, dorongan moral daripada kepimpinan negeri itu diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat juang pemain Sabah FC menjelang perlawanan akhir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat Sabah yang tidak berkesempatan hadir ke Bukit Jalil agar memberikan sokongan melalui siaran langsung televisyen.

“Sokongan rakyat Sabah, sama ada di stadium atau di rumah melalui siaran langsung, amat bermakna buat pasukan. Saya percaya doa dan semangat rakyat akan menjadi kekuatan kepada pemain,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Kerajaan Sabah salur insentif penghargaan kepada Sabah FC...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular