HomeUtamaTaman Permainan Kanak-Kanak Teluk Likas Fasa 2 ditutup sementara bermula hari ini

Taman Permainan Kanak-Kanak Teluk Likas Fasa 2 ditutup sementara bermula hari ini

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Kawasan taman permainan kanak-kanak di Taman Awam Teluk Likas Fasa Dua di sini akan ditutup sementara kepada umum bermula hari ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu adalah bagi kerja-kerja pembukaan dan penggantian semula alatan permainan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut DBKK, kerja-kerja pembukaan itu melibatkan alatan permainan sedia ada yang telah dikenal pasti berada dalam keadaan uzur dan tidak selamat kepada pengguna.

“Alatan permainan itu akan diganti kepada alatan permainan baharu jenis modular yang bersifat lebih moden, edukatif, tahan lama dan mesra pengguna.

“Set alatan permainan baharu yang akan dipasang ini juga adalah bebas daripada ancaman kecederaan, mempunyai pengiktirafan SIRIM dan mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

DBKK menambah, tindakan penutupan kawasan taman permainan kanak-kanak ini diambil sebagai langkah pencegahan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini, sehingga boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada para pengunjung taman.

Terdahulu, sepanjang Januari hingga November 2025, DBKK telah mengambil tindakan serta-merta untuk membuat pembaikan berskala kecil terhadap alatan permainan kanak-kanak di Taman Awam Teluk Likas berikutan aduan orang awam mengenai kerosakan yang dialami serta menjalankan pemeriksaan susulan. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

78 ADUN Sabah angkat sumpah, termasuk ADUN Dilantik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular