HomeUtamaProgram pembangunan wanita Sabah diperkukuh menerusi Belanjawan 2026

Program pembangunan wanita Sabah diperkukuh menerusi Belanjawan 2026

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkasa golongan wanita melalui pelbagai inisiatif pembangunan dan sokongan berstruktur pada tahun 2026.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kerajaan Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi peranan dan sumbangan kaum hawa yang melahir, membesar dan mendidik generasi pelapis yang bakal menerajui kepimpinan masa hadapan.

Sehubungan itu, sebanyak RM8.24 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bagi tujuan operasi dan pelaksanaan program pemerkasaan wanita.

“Beberapa program baharu akan dilaksanakan pada tahun 2026 seperti JHEWA BizBloom yang memfokuskan kepada pembangunan ekonomi wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita B40, Program Keluarga Sejahtera Wanita Unggul, Program Kepimpinan Wanita Berwibawa, Program Latihan dan Kemahiran Usahawan serta Program Pembangunan dan Promosi Produk,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2026.

Masidi berkata di bawah RMKe-13, JHEWA telah diluluskan siling peruntukan sebanyak RM1.80 juta bagi melaksanakan satu projek baharu iaitu Projek Pembinaan Bangunan Asrama Wisma Wanita Fasa 2.

“Sebanyak RM500, 000 telah diperuntukkan pada tahun hadapan untuk memulakan kerja-kerja awalan pembinaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Kerajaan Sabah melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) diperuntukkan sebanyak RM12.12 juta untuk pengoperasian dan meneruskan Program Kredit Komuniti kepada golongan wanita berpendapatan rendah yang berniaga kecil-kecilan untuk menjana pendapatan keluarga.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tambah Pusat Autisme, RM670,000 diperuntukkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular