HomeUtamaTalian 275kV Sabah–Sarawak mula beroperasi, perkukuh sistem tenaga negeri

Talian 275kV Sabah–Sarawak mula beroperasi, perkukuh sistem tenaga negeri

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Sabah mencatat satu lagi pencapaian penting dalam sektor tenaga apabila talian sambungan elektrik 275kV Sabah dan Sarawak mula beroperasi secara rasmi, sekali gus memperkukuh keselamatan dan kestabilan bekalan elektrik negeri ini.

Projek strategik itu membolehkan Sabah mengakses bekalan tenaga daripada grid serantau Sarawak, menyediakan campuran penjanaan yang lebih kukuh bagi menyokong pertumbuhan permintaan jangka panjang serta meningkatkan margin rizab sistem.

Majlis pentauliahan telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam di Pusat Kawalan Beban, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd., Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad, Datuk Haji Sharbini Suhaili; Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid.

Menurut Joachim, talian sambungan elektrik itu selari dengan visi membangunkan sistem kuasa Borneo yang lebih berdaya tahan dan saling berhubung, di samping membolehkan perkongsian tenaga, fleksibiliti operasi dan perlindungan lebih baik terhadap gangguan bekalan.

“Talian ini meletakkan Sabah pada kedudukan yang lebih kukuh untuk mempercepat peralihan tenaga, meningkatkan kebolehpercayaan bekalan kepada pengguna serta menyokong pembangunan ekonomi mampan,” katanya.

Talian penghantaran tersebut berjaya melalui ujian operasi pada 10 Disember lalu dan mula beroperasi secara komersial hari ini, membolehkan suntikan tambahan antara 30 hingga 50 megawatt (MW) ke dalam Grid Sabah.

Projek ini menandakan fasa baharu pembangunan tenaga Sabah dan turut menjadi asas kepada pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN pada masa hadapan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan malu jadi petani, anak muda diseru ceburi sektor pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular