HomeUtamaPenyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial Disifatkan Berdaftar Mulai 1 Jan...

Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial Disifatkan Berdaftar Mulai 1 Jan 2026

Read Time:1 Minute, 27 Second

CYBERJAYA — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) mulai 1 Januari 2026.

Menurut MCMC, langkah itu dilaksanakan menerusi pengetepian formaliti pendaftaran di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang dikenali sebagai Peruntukan Deeming.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, pendekatan tersebut bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.

“Pelaksanaan ini selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025 bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata, inisiatif berkenaan juga bertujuan memastikan semua platform terlibat memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga.

Pelaksanaan Peruntukan Deeming itu melibatkan penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Menurut MCMC, penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, manakala pelaksanaan peruntukan berkenaan hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.

“Mereka akan terus beroperasi melalui platform global masing-masing seperti biasa. Pendekatan ini sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar,” katanya.

MCMC turut memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan serta agensi penguatkuasaan undang-undang bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan kanak-kanak dan keluarga, demi manfaat semua pengguna di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Peruntukan Deeming boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi MCMC.
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf2/FAQ_Pelaksana

RELATED ARTICLES
Utama

Segera tangani isu air di Sungai Manila – Hazem

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular