HomeUtamaBeberapa jalan utama ditutup sempena sambutan krismas negeri Sabah 2025

Beberapa jalan utama ditutup sempena sambutan krismas negeri Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup bagi memberi laluan kepada penganjuran Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah Ke-20 Tahun 2025.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Sabah, Deputi Superitendan Syahlan Sukimin berkata penutupan jalan berkenaan melibatkan sesi raptai pertama, raptai kedua serta acara kemuncak sambutan yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Disember ini.

“Sebanyak lima jalan utama di sekitar lokasi sambutan akan ditutup secara berperingkat pada tarikh berkenaan, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

“Raptai pertama akan diadakan pada 14 Disember diikuti raptai kedua pada 15 Disember.

“Manakala Majlis Perasmian Sambutan Hari Krismas berlangsung pada 16 Disember,” katanya ketika ditemui media selepas sesi temu bual di konti Sabah FM, pada Isnin.

Menurutnya, laluan terlibat termasuk simpang KFC Bandaran ke Padang Merdeka, simpang Bukit Bendera, Bulatan Bunga Raya, lampu isyarat Dewan Bandaraya serta Bulatan Capital.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Krismas itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar menghormati arahan anggota bertugas, menggunakan laluan alternatif yang disarankan melalui aplikasi navigasi seperti Google Maps, peka serta memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans.

Bagi memastikan kelancaran aliran trafik, JSPT Sabah telah menyediakan pelan pengurusan trafik termasuk pelan pengalihan laluan serta mengenal pasti jalan yang akan ditutup, dibuka dan dilencongkan.

RELATED ARTICLES
Utama

PRK Lamag, Kinabatangan: GRS beri bayangan tidak bertanding – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular