HomeUtamaDidenda RM5,000 gara-gara nombor plat palsu

Didenda RM5,000 gara-gara nombor plat palsu

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan didenda RM5,000 atau enam bulan penjara kerana mempamerkan nombor plat kereta yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Mohd Asyraaf Akmal, 26, selepas beliau mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 16 Mac lalu di Jalan Tun Fuad Stephens hadapan Masjid Bandaraya, dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3 akta yang sama.

Kesalahan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa polis telah menjalankan Ops Samseng Jalanan di lokasi tersebut dan menahan kereta yang dipandu Mohd Asyraaf.

Pemeriksaan menggunakan Mobile Card Acceptance Device (Mcad) mendapati nombor plat itu palsu dan didaftarkan atas kereta lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didenda RM5,500 sebabkan kemalangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular