HomeUtamaKM terima kunjungan hormat CEO baharu SOGDC

KM terima kunjungan hormat CEO baharu SOGDC

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd (SOGDC), Mohd Azmir Datuk Ramli, di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Beliau dilantik ke jawatan itu pada 16 September 2025. Sebelum menyandang jawatan itu, beliau merupakan Ketua Sekretariat, Sabah Logistics Council merangkap Penasihat Teknikal Logistik di Kementerian Kerja Raya Sabah.

Hajiji telah diberi taklimat mengenai halatuju baharu SOGDC yang memberi fokus kepada perkhidmatan industri minyak dan gas, selain prestasi kemajuan Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP).

SOGDC adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk memacu pembangunan industri minyak dan gas hiliran, terutamanya melalui SOGIP, sekaligus berfungsi sebagai agensi kerajaan untuk menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah satu-satunya negeri kekalkan Bantuan Sosial Sekolah – Julita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular