HomeUtamaWarga asing dipenjara 10 bulan miliki tanduk rusa spesies dilindungi

Warga asing dipenjara 10 bulan miliki tanduk rusa spesies dilindungi

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Normimie Diun

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dua pasang tanduk rusa daripada spesies dilindungi.

Tertuduh, Akbar bin Ahmad, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Roslinda Razali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki dua pasang tanduk rusa spesies Cervus unicolor tanpa kebenaran sah pada 10 Disember 2025 kira-kira jam 4.15 petang di sebuah rumah pekerja di Karangan Estate, Kinabatangan.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Subseksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 41(4)(c) enakmen sama.

Berdasarkan fakta kes, seramai enam anggota penguat kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah sebelum melakukan serbuan di rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui dua pasang tanduk rusa yang digantung di pintu bilik dan dinding ruang tamu.

Tertuduh yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri mengakui barangan berkenaan miliknya dan menandatangani borang bongkar sebagai pengesahan rampasan.

Kesemua barang rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan terhadap tertuduh setelah mengambil kira pengakuan bersalah serta kepentingan melindungi hidupan liar daripada aktiviti pemburuan dan pemilikan haram.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Primus Lambut.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tingkatkan usaha tangani sekolah daif – James Ratib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular