KOTA KINABALU: Seorang ahli politik yang mencabul kehormatan seorang wanita empat tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM5,000.
Phillip Among, 55, yang digantung jawatannya sebagai Penyelaras Parlimen Putatan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pada Jun 2021 susulan kes tersebut juga berdepan empat bulan lagi penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Majistret Dzul Elmy Yunus membuat Keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Phillip didapati bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 18 tahun pada jam 11 malam, 17 April 2021 di ruang tamu Jesselton Capsule Inn, Asia City.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan 10 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan, manakala Phillip merupakan saksi tunggal dalam pembelaannya.
BERITA LANJUT MENYUSUL…



