HomeUtamaYayasan PETRONAS bawa keceriaan Krismas kepada 100 keluarga di Labuan

Yayasan PETRONAS bawa keceriaan Krismas kepada 100 keluarga di Labuan

Read Time:54 Second

LABUAN: Yayasan PETRONAS menyantuni 100 keluarga di Labuan sempena sambutan Krismas menerusi Program Uplifting Lives dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan biskut perayaan, hasil kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung hari ini di dewan pejabat JKM Labuan, melibatkan pengagihan barangan keperluan asas dan biskut perayaan kepada 20 penerima. Selebihnya, seramai 80 penerima lagi mengambil sumbangan masing-masing di pejabat jabatan berkenaan pada hari yang sama.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd, Hiffani M. Jalil bersama Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Maradona Lawrence.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Nellie Ramiza Busu serta Penolong Pengarah Jabatan Sosioekonomi Perbadanan Labuan, Luqman Hakim.

Menerusi inisiatif ini, PETRONAS meneruskan komitmennya dalam menyokong pendidikan, memperkukuh daya tahan komuniti serta memacu kemajuan sosioekonomi, selaras peranannya sebagai rakan tenaga yang prihatin dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat serta menyumbang secara bermakna kepada pembangunan jangka panjang komuniti setempat.

Program Uplifting Lives dilaksanakan sepanjang tahun di seluruh Malaysia bersempena sambutan perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Gawai dan Kaamatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Ahli politik dipenjara 8 bulan, denda RM5,000 cabul remaja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular