HomeUtamaUstaz madrasah pukul pelajar didenda RM18,200

Ustaz madrasah pukul pelajar didenda RM18,200

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Seorang ustaz yang tular menerusi rakaman video berkaitan kejadian memukul sekumpulan pelajar madrasah didenda keseluruhan RM18, 200 atas 13 pertuduhan menyebabkan kecederaan, hari ini.

Tertuduh, Saifur Rahman Mohd Ismail, 38, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mahkamah menjatuhkan denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan, atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh mengaku dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap 13 pelajar berusia antara 14 tahun dan 20 tahun pada 14 Disember lalu, di antara jam 11.55 malam hingga 11.58 malam, bertempat di hadapan kedai Gaming Zone, Bandar Sierra, dekat sini.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai satu tahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

RELATED ARTICLES
Utama

Program sentuhan kasih eratkan muhibah masyarakat Lumadan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular