HomeIsu tempatanOrang ramai dijemput hadir meriahkan Konsert Kita Orang Ranau

Orang ramai dijemput hadir meriahkan Konsert Kita Orang Ranau

Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Orang ramai khususnya penduduk daerah Ranau dan kawasan sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan Konsert Kita Orang Ranau yang akan berlangsung secara percuma Sabtu ini bertempat di Perkarangan Pentas Budaya Pekan Ranau.

Program anjuran Gabungan Belia Ranau itu diadakan bersempena sambutan hujung tahun dan bertujuan menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana harmoni serta mesra komuniti melalui pengisian hiburan dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Konsert berkenaan menampilkan barisan artis popular tanah air, Stacy Anam, serta artis berbakat tempatan iaitu Dabra Sia, Tuni Sundatang, Amsler, Ain Fariesha, Fandy James, S Welly, Tanak Ranahon dan kumpulan Run Now.

Setiausaha program, Syukri Saridih, berkata konsert tersebut bukan sahaja menawarkan persembahan hiburan, malah turut menyediakan ruang interaksi masyarakat pelbagai lapisan umur melalui aktiviti yang disusun sepanjang hari.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula seawal jam 6 pagi seperti Fun Walk, Slingshot, Mobile Legend, pertandingan mewarna kanak-kanak serta Ranau Free Market yang terbuka kepada orang awam,” katanya.

Menurutnya, penganjur turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik termasuk motosikal sebagai hadiah utama, selain televisyen, telefon bimbit, barangan elektronik dan hamper.

Syukri berkata, program itu dianjurkan sebagai platform untuk mengukuhkan semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan menjana pendapatan melalui penyertaan gerai jualan.

“Orang ramai digalakkan hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati suasana kemasyarakatan, menyokong peniaga tempatan dan sama-sama memeriahkan acara ini,” katanya.

Konsert Kita Orang Ranau dijangka menjadi antara acara tumpuan masyarakat setempat serta pengunjung luar yang ingin menikmati hiburan, aktiviti komuniti dan suasana santai menjelang penutupan tahun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS–FGV kongsi ilmu industri, orkid dilihat tanaman bernilai tinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular