HomeUtamaPerpaduan masyarakat majmuk jadi fokus di Tanjung Keramat – Shah Alfie

Perpaduan masyarakat majmuk jadi fokus di Tanjung Keramat – Shah Alfie

Read Time:1 Minute, 23 Second

PUTATAN: Nilai perpaduan tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang perlu dipelihara oleh semua pihak untuk menyokong pembangunan sosioekonomi di Sabah, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, berkata perpaduan yang kukuh menjadi asas kepada kestabilan dan pembangunan di kawasan berbilang kaum dan agama.

Beliau menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menekankan ukhuwah dan kesejahteraan masyarakat sebagai tonggak pembangunan inklusif.

“Mengekalkan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat, khususnya di kawasan DUN Tanjung Keramat, bukan tugas mudah. Namun, Ketua Menteri dan barisan pimpinan telah menunjukkan komitmen untuk memastikan kesejahteraan dapat diseragamkan merentasi kepelbagaian kaum dan bangsa,” katanya.

Beliau menambah, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan ekonomi dan sosio di Tanjung Keramat, penyelarasan pentadbiran kerajaan perlu dititikberatkan supaya manfaatnya sampai ke peringkat akar umbi.

“Saya juga menyeru masyarakat Tanjung Keramat untuk terus menjadi mata dan telinga kepada kerajaan serta pihak berkuasa bagi memastikan pembangunan di kawasan ini dapat dipertingkat dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Shah Alfie berkata demikian selepas menghadiri program penyerahan bakul makanan sempena sambutan Hari Natal 2025 di Tanjung Keramat, Putatan, hari ini.

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata, inisiatif itu juga diharapkan menjadi platform mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat akar umbi, khususnya penganut Kristian di kawasan berkenaan.

“Dengan program sebegini, hubungan antara pemimpin dan masyarakat dapat diperkukuh, dan perkembangan di semua peringkat dapat dipantau secara lebih telus.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada masyarakat Tanjung Keramat yang menyambutnya.

“Sambutlah perayaan ini dan cuti hujung tahun bersama keluarga tersayang, elakkan perkara yang tidak berfaedah, hati-hati memandu dan utamakan keselamatan orang tersayang,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Awas !! Penyakit Jantung Iskemik Punca Kematian Utama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular