HomeUtamaBantuan anak yatim tidak terhad musim perayaan – Arifin

Bantuan anak yatim tidak terhad musim perayaan – Arifin

Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT :  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif menegaskan komitmennya untuk terus membantu anak-anak yatim di kawasan tersebut sepanjang tahun tanpa mengira musim perayaan.

Beliau berkata, usaha menyantuni golongan anak yatim bukan hanya tertumpu kepada sambutan Krismas semata-mata, sebaliknya melibatkan bantuan berterusan merangkumi pelbagai perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina serta keperluan persekolahan.

“Sekiranya ada anak-anak yatim yang tercicir, kita akan kumpul dan senaraikan mereka untuk dibantu.

“Bukan sahaja membeli pakaian sempena perayaan seperti Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baharu Cina, malah kita juga akan membantu keperluan persekolahan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Santuni Anak-Anak Yatim Menyambut Hari Natal yang melibatkan lebih 30 anak yatim bagi kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Membakut di Beaufort, baru-baru ini.

Menurutnya, perhatian berterusan perlu diberikan kepada anak-anak yatim kerana mereka merupakan golongan yang memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kebendaan, malah sokongan moral dan kasih sayang masyarakat.

Sementara itu, anak-anak yatim yang disantuni meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukkan, selain berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program tersebut turut menceriakan anak-anak yatim dengan pemberian pakaian baharu, kasut dan barangan keperluan lain bagi memastikan sambutan Krismas mereka lebih bermakna dan meriah.

RELATED ARTICLES
Anwar Ibrahim
Utama

PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular