HomeUtamaAmalan kunjung-mengunjung perlu diteruskan perkukuh perpaduan – Jamawi

Amalan kunjung-mengunjung perlu diteruskan perkukuh perpaduan – Jamawi

Read Time:58 Second

TENOM: Amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan perlu diteruskan kerana ia menjadi medium penting dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata demikian ketika menyantuni rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap sempena sambutan Krismas di sini, semalam.

Beliau yang turut ditemani isterinya, Datin Zainatunnisa Ibrahim, meluangkan masa mengunjungi beberapa kediaman penduduk sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan pemimpin bersama rakyat.

Jamawi (lima dari kanan) bersama isteri bergambar kenangan ketika mengunjungi Rumah Terbuka Krismas di Kampung Pulong, kelmarin.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk kediaman Ketua Daerah Melalap, OKK Tusib Tulas, selain beberapa rumah pemimpin dan penduduk tempatan.

Menurut Jamawi, budaya saling ziarah-menziarahi tanpa mengira latar belakang agama dan kaum perlu terus dipelihara kerana ia mencerminkan identiti unik Sabah yang kaya dengan nilai toleransi dan saling menghormati.

“Amalan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah mengukuhkan persefahaman serta semangat kekitaan dalam kalangan rakyat,” katanya ketika ditemui media.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak seluruh rakyat DUN Melalap untuk memeriahkan Rumah Terbuka Krismas DUN Melalap yang akan diadakan pada 28 Disember ini bermula jam 11.30 pagi di Dewan Datuk Sanggau Jalang.

RELATED ARTICLES
Utama

Krismas dirai meriah, rumah terbuka perkukuh keharmonian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular